tag:blogger.com,1999:blog-66985779040954808482024-03-08T04:49:29.554-08:00Melanau SarawakBerita SemasaUnknownnoreply@blogger.comBlogger6125tag:blogger.com,1999:blog-6698577904095480848.post-30533758423798365562010-09-30T02:13:00.000-07:002010-09-30T02:13:55.697-07:00Sukan Komanwel | Jaga diri baik-baik di New DelhiAtlet negara dari Sarawak dipesan waspada ketika berjuang di Sukan Komanwel

KUCHING: Atlet-atlet Sarawak yang bakal berjuang pada Sukan Komanwel (Sukom) di New Delhi, India bermula pada 3 hingga 14 Oktober ini diharapkan menjaga diri baik-baik serta berjuang dengan penuh bersemangat.

Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi, Dato Sri William Mawan Ikom berkata atlet-atlet Sarawak perlu menunjukkan disiplin yang baik sambil memberikan yang terbaik sepanjang berada di sana nanti.

Selain itu, katanya, atlet-atlet negeri juga harus menjaga tahap keselamatan dan kesihatan mereka kerana diakui situasi di India agak kurang memuaskan ketika ini.

“Kita tahu suasana di India agak tidak menentu buat masa sekarang… dan saya berharap agar atlet-atlet kita dari Sarawak akan sentiasa mematuhi segala disiplin dan juga arahan daripada delegasi negara,” kata Mawan ditemui di pejabatnya, di sini semalam (Isnin).

Terdahulu, Mawan menerima kunjungan pasukan bola sepak Akademi Kickalob diketuai pengarah teknikalnya, Daud Aba yang bakal beraksi pada kejohanan Piala Borneo 2010 di Sabah dari 30 September hingga 6 Oktober ini.

Mawan, menteri yang bertanggungjawab terhadap sukan, berkata isu keselamatan dan kesihatan perlu diberi penekanan oleh semua atlet terutamanya atlet negeri ini.

“Kita akui isu keselamatan dan kesihatan kini menjadi kontroversi para atlet dan pegawai-pegawai Sukan Komanwel di India masa sekarang, justeru saya berharap atlet-atlet kita hendaklah pandai-pandai menjaga diri mereka dan menunjukkan tahap disiplin tinggi,” katanya.

Isu keselamatan dan tahap kesihatan merupakan penyebab utama ramai atlet tersohor peringkat antarabangsa menarik diri daripada menyertai Sukan Komanwel di India yang bakal bermula pada Ahad ini.

Malah isu perkampungan atlet turut dibangkitkan setelah ia digambarkan sebagai terlalu kotor dan tidak sesuai untuk didiami.

Sukan Komanwel tahun ini juga hampir dibatalkan apabila beberapa negara mengancam untuk menarik diri ekoran kebimbangan keselamatan dan kemudahan sukan yang tidak memuaskan.

Mawan berkata walaupun keadaan yang tidak menentu di India, atlet-atlet kita perlu membuktikan keyakinan mereka untuk bersaing di peringkat dunia.

“Saya yakin dengan perjuangan tinggi ‘Agi Idup Agi Ngelaban’ atlet-atlet Sarawak mampu akan berjuang dengan penuh bersemangat bagi memburu kejayaan demi maruah kontinjen negara,” katanya.

Mengenai insentif kepada atlet-atlet Sarawak mewakili negara, Mawan berkata: “Kerajaan Negeri sememangnya memberikan yang terbaik untuk membakar semangat atlet-atlet kita berjuang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.”

Mawan menarik perhatian, Sarawak mempunyai pelan pembangunan sukan yang kini sedang dirangka dengan teliti bagi membolehkan para atlet dan persatuan-persatuan sukan mencapai kejayaan.

Menurutnya, antara pelan pembangunan yang bakal dilaksanakan nanti ialah program kecemerlangan membabitkan semua jenis sukan dengan menyediakan prasarana dan kemudahan sukan terbaik.

“Saya telah melawat beberapa negeri di Australia baru-baru ini dan melihat serta meneliti tentang perkembangan dan pembangunan sukan di negara terbabit.

“Justeru, kita akan cuba menggunakan beberapa kaedah dan pelan perancangan pembangunan sukan dari negara terbabit bagi membolehkan kita meningkatkan pencapaian mutu sukan di negeri ini,” katanya.

Sumber: borneo post Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6698577904095480848.post-51107618643046690232010-09-30T02:08:00.000-07:002010-09-30T02:09:10.231-07:00BN guna strategi baruMIRI: Jentera Barisan Nasional (BN) Sarawak akan menggunakan strategi baru berbanding yang sedia ada bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan berkata jentera BN negeri kini telah bersedia sepenuhnya bagi menghadapi pilihan raya umum yang bakal diadakan pada bila-bila masa.

“Kita akan menggunakan strategi yang baru dan ianya adalah berlainan dengan strategi yang pernah diguna-kan dalam pilihan raya lalu,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan Sijil Kepada peserta Kursus Pilihan Raya Sarawak semalam.

Dr Chan yang juga Menteri Pelancongan dan Warisan Sarawak memberitahu semua jentera BN telah merangka strategi masing-masing termasuk memberi latihan khas kepada pasukan yang bertugas di peringkat akar umbi.

“Bagi memastikan rakyat tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang, maka pasukan teknikal yang bertugas di peringkat bawahan ini akan memberikan kenyataan yang sahih dan tepat berkaitan kerajaan,” jelasnya.

Beliau berkata, kursus yang dianjurkan itu adalah me-dium kepada peserta untuk mengenali satu sama lain seterusnya mengeratkan kerjasama bagi menghadapi pilihan raya.

“Kesemua mereka adalah orang penting yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya negeri akan datang malahan mereka mengetahui cara bagaimana untuk memperkuatkan jentera BN,” katanya.

Tambahnya, persediaan rapi jentera BN Sarawak kini pada skala lapan atau sembilan per sepuluh dan ia merupakan petanda baik kepada BN Sarawak menghadapi pilihan raya negeri akan datang.

“Apa yang merisaukan kita ialah rakyat mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang suka memutarbelitkan fakta, sehubungan itu kita perlu memperkuatkan pasukan teknikal jika tidak mahu kalah dalam pilihan raya akan datang,” ujarnya.

Sehubungan itu katanya, pasukan teknikal berkenaan perlu bersiap sedia dari semua segi termasuk menge- tahui saluran atau orang pen-ting yang perlu dihubungi ketika berlangsungnya pilihan raya.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu BN ne-geri juga akan membantu jentera pilihan raya kecil bagi Dewan Undangan Negeri Galas berikutan kematian penyandangnya Che Hashim Sulaiman.

“Kita akan tampil mem-bantu mereka menghadapi pilihan raya kecil DUN Galas namun ia tidak akan memberi kesan kepada pilihan raya umum negeri,” katanya lagi.

sumber: borneo post Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6698577904095480848.post-89914238108753205272010-05-17T23:16:00.000-07:002010-05-17T23:16:58.148-07:00SCORE | Mukah akan saksi lebih banyak pembangunanSIBU: Bahagian Mukah akan menyaksikan lebih banyak pembangunan termasuk pembinaan projek landasan ke-reta api yang akan menghubungkan Samalaju di Bintulu dan Tanjung Manis di Mukah menerusi Koridor Tenaga Diperbaharui Sara-wak (SCORE).

Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, fasa pertama projek kemungkinan melibatkan pembinaan landasan antara Samalaju dan Mukah.

Menjelang tahun 2020, katanya, anggaran kasar kargo yang diangkut antara Samalaju dan Tanjung Manis adalah lebih lima juta tan setahun dan jumlah tersebut akan terus meningkat.

“Atas sebab itu, ia akan membawa lebih banyak projek pembangunan termasuk pembinaan landasan kereta api yang akan menghubungkan Tanjung Manis dan Samalaju,” ujarnya ketika berucap merasmikan Hotel Kingwood Mukah di Pusat Perdagangan Setia Raja, semalam.

Hotel Kingwood Mukah yang mempunyai 200 bilik, dibina dengan kos RM20 juta dan merupakan salah satu daripada lima hotel milik Kumpulan Kingwood. Hotel-hotel lain ialah Hotel Kingwood Sibu, Kingwood Inn Kuching, Kingwood Inn Miri dan Kingwood Resort Mukah.

Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh, Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah, Ahli Parlimen Mukah Dato Sri Dr Muhammad Leo Toyad, pengarah Hotel Kingwood Mukah Datuk Hii Yii Peng dan Pengarah Urusan Hii King Chiong.

Taib berkata, Tanjung Manis di bahagian Mukah juga akan menjadi pengimport terbesar makanan dan produk biotek dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Bandar Mukah, katanya, akan turut mempunyai bangunan tetap bagi kampus Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) yang sedia ada, selain sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

“Semua ini akan menambahkan bilangan penduduk di bahagian Mukah dan ini menunjukkan tanda bagi pembangunan yang lebih besar di kawasan ini,” jelasnya.

Selain Mukah, menurut Ketua Menteri, bandar-bandar kecil lain di negeri ini juga tidak terlepas daripada pembangunan bagi memberi faedah kepada semua rakyat.

“Ini cara kita untuk berlaku adil dan tunjukkan yang kita sayangkan kepada semua tanpa mengira bangsa. Ini kerana kita percaya kita semua adalah penduduk Sarawak.

“Kita mahu pastikan semua rakyat mempunyai peluang sama untuk menikmati kehidupan yang baik dalam negeri ini yang rancak membangun,” katanya sambil memberitahu kawsaan terpencil seperti Belaga juga tidak terlepas daripada menikmati projek pembangunan.

sumber: Link Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6698577904095480848.post-73537285449043379362010-05-14T16:48:00.000-07:002010-05-14T16:49:32.198-07:00PIALA THOMAS&UBER | KEPUTUSAN TERKINI UNTUK MALAYSIAKUALA LUMPUR – Malaysia tumbang kepada China pada separuh akhir Piala Thomas bukan sesuatu yang mengejutkan tetapi cara kekalahan kita yang kalah tanpa melawan itu yang mengecewakan lebih 12,000 penonton yang membanjiri Stadium Putra, Bukit Jalil, semalam dan seluruh rakyat negara ini.

Jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei tumpas kepada seteru utamanya, Lin Dan di gelanggang sendiri buat kali pertama, malah kekalahannya kali ini cukup mudah 17-21, 8-21 dalam masa hanya 47 minit.

Pasangan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong juga mengalami kekalahan buruk 15-21, 10-21 kepada pasangan Fu Haifeng-Cai Yun untuk menambah sengsara Malaysia.

Hari buruk pasukan negara dilengkapkan dengan kekalahan mudah Wong Choong Hann 16-21, 7-21 kepada Chen Jin.

Bukan hendak menyalahkan sesiapa tetapi sehari sebelum perlawanan bermula lagi seperti ada yang tidak kena dengan persediaan Malaysia untuk menghadapi perlawanan genting menentang China.

Sehari sebelum saingan separuh akhir, semua pemain dan jurulatih diberikan rehat.

Ia tidak salah tetapi apakah wajar pemain diberi kebebasan melakukan aktiviti luar sedangkan kita sedang berada dalam satu kejohanan besar.

Kekuatan Malaysia dan China pada hakikatnya tidaklah terlalu jauh, tetapi apa yang membezakan kedua-dua pasukan semalam adalah fokus pemainnya.

Chong Wei dan Kien Keat-Boon Heong tidak memberi permainan sendiri, kaki dan kelihatan amat tegang.

Bagi Choong Hann pula, kekalahan kepada Chen Jin hanya membuktikan betapa kudrat tuanya tidak lagi mampu menyaingi pemain yang berusia sembilan tahun lebih muda daripadanya.

Sementara itu, dua ketua jurulatih negara, Rexy Mainaky (beregu) dan Rashid Sidek (perseorangan) berkongsi pandangan serupa, China terlalu unggul dan Malaysia langsung tidak berpeluang untuk memenangi perlawanan.

Penampilan China kali ini amat mengejutkan, setiap pemain mereka sangat bersedia dan mantap. Tindakan berani negara itu merehatkan kebanyakan pemain utama pada kejohanan antarabangsa, membuahkan hasil yang luar biasa.

“Apa yang boleh saya katakan, China terlalu unggul hari ini. Pemain-pemain mereka hadir dengan persiapan yang amat luar biasa, mereka benar-benar mengejutkan kita.

“Kekuatan China tidak diduga. Terbukti, standard mereka jauh meninggalkan pasukan lain ketika ini. Pemain kita telah cuba memberikan yang terbaik, tetapi kita kalah kepada pasukan yang jauh lebih baik,” akui Rexy.

“Kita sudah memberikan yang terbaik, tetapi ia tidak cukup untuk mengalahkan China. Mereka sangat kuat hari ini,” kata Rashid pula.

Malaysia kini terpaksa menanti dua tahun lagi untuk mengulangi sejarah 1992. Ketika ini, gelanggang kejohanan belum diketahui, tetapi itu tidak penting kerana yang penting, apakah dalam tempoh dua tahun lagi, Malaysia akan memiliki pasukan yang lebih baik dari sekarang?

sumber: Link Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6698577904095480848.post-45973990362821852642010-05-14T02:27:00.000-07:002010-05-14T02:31:19.111-07:00BAHASA MELANAU
Sarawak atau negeri Bumi Kenyalang mempunyai rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum masyarakat Melanau diantara yang terdapat di Sarawak selain Iban,Bidayuh,Melayu dan Cina. Bagi masyarakat di Sarawak adat resam adalah diantara satu warisan tradisi yang di titikberatkan dan sudah sebati dengan kehidupan

seharian. Begitu unikkan.

Posting kali ini saya ingin berkongsi sedikit tentang bahasa melanau. Jom belajar bahasa Melanau.

Tuteng = Minum

Lebuk,Kubou = Rumah

Ngadan = Nama

Pidan = Bila

Mo,kan = Kamu

Keman = Makan

Anum, Nya'am = Air

Da'au = Bagus

Beleq = Baring

Ti ger = Berdiri

Munguk = Duduk

Ini adalah sebahagian sahaja dari bahasa Melanau. Dan setiap daerah mempunyai loghat yang berbeza dan persamaan.
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6698577904095480848.post-45467123685118144372010-05-09T17:50:00.000-07:002010-05-09T17:50:31.316-07:00Pilihanraya Kecil di Sibu - 16 MeiSIBU 8 Mei - Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sibu pada 16 Mei ini bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew, calon DAP, Wong Ho Leng dan calon Bebas, Narawi Haron.

Pegawai Pengurus PRK Parlimen Sibu, Wong See Meng mengumumkan senarai calon tersebut sebaik sahaja tempoh bantahan berakhir pada pukul 11 pagi ini.

''Terdapat satu bantahan diterima ketika tempoh bantahan tetapi tiada calon ditolak kertas penamaannya," kata beliau di Dewan Suarah Sibu di sini hari ini.

Sementara itu, suasana pusat penamaan calon bagi PRK Parlimen Sibu di Dewan Suarah di sini tenang dan terkawal walaupun terdapat beberapa penyokong cuba membuat provokasi.

Cuaca di pusat berkenaan juga dalam keadaan baik dengan para penyokong calon masing-masing berhimpun seawal pukul 7 pagi di tempat yang ditetapkan dan anggota polis sudah mulai sibuk mengawal lalu lintas.

Tinjauan Mingguan Malaysia mendapati keadaan di sekeliling pusat penamaan calon telah dikawal rapi oleh pasukan polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) manakala laluan ke Dewan Suarah juga lancar.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai rombongan mengiringi calon BN, Hui Yew ke pusat penamaan calon pagi ini.

Muhyiddin bersama rombongan penyokong BN yang berjumlah kira-kira 3,000 orang tiba di dewan tersebut pada pukul 8.43 pagi.

Antara pemimpin BN lain yang turut serta ialah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud serta beberapa menteri Kabinet.

Sementara itu, calon DAP, Ho Leng tiba di pusat penamaan calon pada pukul 8.30 pagi bersama kira-kira 700 penyokong dengan diketuai Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail .

PRK Parlimen Sibu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Robert Lau Hoi Chew yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan pada 9 April lalu.

Sibu mempunyai 54,695 pemilih berdaftar iaitu 52,158 adalah pengundi biasa dan 2,537 undi pos yang merangkumi 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis.

Menurut senarai pemilih yang dikemas kini sehingga 9 April lalu, pengundi di kalangan kaum Cina adalah 67 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi, diikuti Melayu/Melanau (10.5 peratus) dan bumiputera Sarawak (22 peratus).

Sebanyak 45 pusat mengundi dengan 110 saluran akan dibuka yang melibatkan 39 buah sekolah, dua tadika dan masing-masing satu pusat latihan, rumah panjang, perpustakaan awam dan pusat rekreasi awam bagi proses mengundi.

source: Link Unknownnoreply@blogger.com0