BN guna strategi baru

MIRI: Jentera Barisan Nasional (BN) Sarawak akan menggunakan strategi baru berbanding yang sedia ada bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan berkata jentera BN negeri kini telah bersedia sepenuhnya bagi menghadapi pilihan raya umum yang bakal diadakan pada bila-bila masa.
“Kita akan menggunakan strategi yang baru dan ianya adalah berlainan dengan strategi yang pernah diguna-kan dalam pilihan raya lalu,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan Sijil Kepada peserta Kursus Pilihan Raya Sarawak semalam.
Dr Chan yang juga Menteri Pelancongan dan Warisan Sarawak memberitahu semua jentera BN telah merangka strategi masing-masing termasuk memberi latihan khas kepada pasukan yang bertugas di peringkat akar umbi.

“Bagi memastikan rakyat tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang, maka pasukan teknikal yang bertugas di peringkat bawahan ini akan memberikan kenyataan yang sahih dan tepat berkaitan kerajaan,” jelasnya.
Beliau berkata, kursus yang dianjurkan itu adalah me-dium kepada peserta untuk mengenali satu sama lain seterusnya mengeratkan kerjasama bagi menghadapi pilihan raya.
“Kesemua mereka adalah orang penting yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya negeri akan datang malahan mereka mengetahui cara bagaimana untuk memperkuatkan jentera BN,” katanya.
Tambahnya, persediaan rapi jentera BN Sarawak kini pada skala lapan atau sembilan per sepuluh dan ia merupakan petanda baik kepada BN Sarawak menghadapi pilihan raya negeri akan datang.
“Apa yang merisaukan kita ialah rakyat mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang suka memutarbelitkan fakta, sehubungan itu kita perlu memperkuatkan pasukan teknikal jika tidak mahu kalah dalam pilihan raya akan datang,” ujarnya.
Sehubungan itu katanya, pasukan teknikal berkenaan perlu bersiap sedia dari semua segi termasuk menge-  tahui saluran atau orang pen-ting yang perlu dihubungi  ketika berlangsungnya pilihan raya.
Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu BN ne-geri juga akan membantu jentera pilihan raya kecil bagi Dewan Undangan Negeri  Galas berikutan kematian penyandangnya Che Hashim Sulaiman.
“Kita akan tampil mem-bantu mereka menghadapi pilihan raya kecil DUN Galas namun ia tidak akan memberi kesan kepada pilihan raya umum negeri,” katanya lagi.

sumber: borneo post

0 ulasan:

Catat Ulasan

free counters